{"product_id":"his-eternal-love","title":"His Eternal Love","description":"\u003cp\u003eIbarat luka yang tak terlihat, setiap helaian nafasnya dipenuhi rasa sakit. Dalam kesepian, dia mencipta bayangan sebagai penglipur lara. Tanpa sedar, bayangan itu menjadi racun yang meresap, menghancurkan kekuatannya dan meninggalkan jiwa yang rapuh.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eKau nak lenyapkan aku lepas kau ciptakan aku? Aku tak akan lari daripada hidup kau.\u003c\/em\u003e” —Khai\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMeesya Amanda terperangkap di dalam perasaannya. Setiap kali dia cuba melangkah, hatinya terhenti, antara keinginan dan realiti yang memisahkan mereka.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHinggalah suatu hari, dia bertemu dengan seseorang yang merawat setiap tekanan yang menghimpit, dan menghulurkan tangan penuh harapan untuk membimbing gadis itu keluar dari kegelapan yang merantai hidupnya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAriff Darwish, di sebalik sifat dinginnya, dia menyimpan satu rahsia gelap yang menanti untuk diungkapkan. Setiap langkahnya seolah-olah terikat dengan tali masa yang tidak kelihatan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTanpa diduga, hubungan mereka berkembang menjadi satu benang merah yang mengikat. Namun, seperti api yang menyala dalam kegelapan, kebahagiaan mereka juga turut disertai dengan bayangan duka yang mengekori.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSebuah kotak lama yang terpendam, bagai pintu yang terbuka, mengeluarkan debu-debu masa lalu yang telah lama terpendam.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eHutang nyawa harus dibayar dengan nyawa.\u003c\/em\u003e” —Ariff Darwish\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eApakah mereka mampu menerima kenyataan pahit yang tersembunyi?\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eMaaf hanya sekadar perkataan, ia tak akan mengubah apa-apa pun.\u003c\/em\u003e” —Meesya Amanda\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSiapakah sebenarnya yang berada di belakang segala tragedi yang berlaku di dalam hidup mereka?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDapatkah Ariff melepaskan dendam dan Meesya menerima kenyataan bahawa tidak semua luka perlu disembuhkan dengan jawapan?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eRahsia yang disembunyikan perlahan-lahan menjadi puzzel yang menyakitkan, setiap kepingan yang terungkap menggores jiwa. Sebaliknya, dalam kepedihan itu, ada keindahan yang hanya dilihat oleh hati yang mencintai—sebuah pelabuhan abadi yang ditakdirkan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Jika dia yang ditakdirkan untuk kita, dialah yang sempurna.”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Fajar Pakeer","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46663782596765,"sku":"9789838223133","price":29.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/HisEternalLove.jpg?v=1744338994","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/his-eternal-love","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}