Tiga calon angkasawan muda terpilih jalani latihan di Pusat AngkasaYuri Gagarin!
Sebagai calon pilihan Korea, Su-Ji dan Maru menggalas harapan negara ke Pusat Angkasa di Rusia dengan semangat kental. Tidak terkecuali bersama mereka, seorang wakil Rusia berlatarbelakangkan keluarga angkasawam iaitu Sasha. Bagi membolehkan mereka mampu menyesuaikan diri di ruang angkasa lepas, banyak latihan fizikal dan mental terpaksa dilalui. Namun hanya seorang calon terbaik akan dipilih ke angkasa lepas setelah tamat latihan nanti. Siapakah yang berjaya menaiki kapal angkasa Soyuz menjelajah ruang cakerawala?