Hanyut di dunia khayalan! Oh! Afrika...
Bada dan rakan-rakan begitu teruja untuk menjadi pemburu. Mereka bercadang meneroka Afrika dan menawan puncak Gunung Kilimanjaro iaitu gunung tertinggi di Afrika! Tetapi ekspedisi mereka tidak berakhir di situ. Mereka meneruskan misi ke Taman Negara Serengeti. Namun ke mana saja mereka pergi, nasib malang bagaikan menghantui...
Pengalaman hebat di Uganda!
Walaupun hanya bertemankan kaum Masai dan hutan belantara, mereka tidak gentar! Mereka berusaha bukan semata-mata untuk menyelamatkan diri sendiri malah semua penduduk kampung! Mereka akhirnya belajar apa itu erti hidup, persahabatan, tanggungjawab dan kesetiaan dalam usaha mencari IKHTIAR HIDUP DI AFRIKA 2!