{"product_id":"im-glad-my-mom-died-edisi-bahasa-melayu","title":"I'm Glad My Mom Died (Edisi Bahasa Melayu)","description":"\u003cp\u003e\u003cb\u003eSebuah memoir yang menyayat hati dan mencuit hati daripada bintang \u003ci\u003eiCarly \u003c\/i\u003edan \u003ci\u003eSam \u0026amp; Cat\u003c\/i\u003e, Jennette McCurdy, tentang perjuangannya sebagai bekas pelakon kanak-kanak—termasuk gangguan pemakanan, ketagihan, serta hubungan yang rumit dengan ibunya yang terlalu mengongkong—dan bagaimana dia akhirnya mengambil semula kawalan hidupnya.\u003c\/b\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eJennette McCurdy baru berusia enam tahun ketika menghadiri uji bakat lakonan pertamanya. Bukan kerana beliau bercita-cita menjadi pelakon, tetapi kerana ibunya sudah lama membayangkan satu-satunya anak perempuannya bergelar bintang. Demi memastikan impian itu menjadi kenyataan, Jennette diajar mengamalkan apa yang ibunya panggil sebagai “sekatan kalori”—makan sedikit yang mungkin dan menimbang berat badan lima kali sehari. Berjam-jam beliau didandan di rumah sambil mendengar, “Bulu mata kamu langsung tak nampak, okey? Kamu ingat Dakota Fanning tak warna bulu matanya?” Malah, sehingga usia 16 tahun, ibunya masih memandikannya, membaca diarinya, mengakses \u003c\/p\u003e\u003cp\u003ee-melnya dan mengawal setiap sen pendapatannya.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDalam \u003ci\u003eI’m Glad My Mom Died\u003c\/i\u003e, Jennette menceritakan semua pengalaman ini dengan kejujuran tanpa berselindung, sambil mengisahkan apa yang berlaku apabila impian yang selama ini dikejar akhirnya menjadi kenyataan. Selepas dipilih membintangi siri baharu Nickelodeon, \u003ci\u003eiCarly\u003c\/i\u003e, Jennette tiba-tiba dihumban ke dunia glamor dan kemasyhuran. Ketika ibunya begitu teruja sehingga sanggup menghantar e-mel kepada moderator kelab peminat dan bertegur sapa dengan paparazi seolah-olah mereka teman lama (“Hai, Gale!”), Jennette pula semakin tenggelam dalam keresahan, rasa malu dan kebencian terhadap diri sendiri. Semua itu akhirnya menjelma sebagai gangguan pemakanan, ketagihan dan siri hubungan yang tidak sihat. Segala-galanya menjadi lebih sukar apabila, tidak lama selepas membintangi siri \u003ci\u003eiCarly\u003c\/i\u003e, \u003ci\u003eSam \u0026amp; Cat\u003c\/i\u003e, bersama Ariana Grande, ibunya meninggal dunia akibat kanser. Dalam kehilangan itulah Jennette menemui terapi, meninggalkan dunia lakonan dan memulakan proses pemulihan. Buat pertama kalinya, beliau berpeluang bertanya kepada dirinya sendiri, apakah yang benar-benar diingini olehnya.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDiceritakan dengan kejujuran yang menyegarkan serta humor gelap yang menusuk, \u003ci\u003eI’m Glad My Mom Died\u003c\/i\u003e ialah sebuah kisah yang menginspirasikan ketabahan, kebebasan dan nikmat luar biasa apabila akhirnya dapat membasuh rambut sendiri.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Acepremier Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48971662459037,"sku":"9786297809793","price":50.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/im-glad-my-mom-died-edisi-bahasa-melayu","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}