{"product_id":"impuls-polaris","title":"Impuls Polaris","description":"\u003cp\u003eDi sebalik cahaya kejayaan di Galeri Santapan Jiwa, hidup Medina tiba-tiba bertukar kelam. Dia pelukis muda yang sepatutnya menikmati kemenangan, kini diburu oleh samseng bernama Riza, lelaki obsesif. Segala-galanya menjadi lebih parah apabila rumah Medina dan sahabatnya, Azrina, dipecah masuk.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSaat ketakutan mencengkam, Fathur, lelaki pendiam yang selama ini meminati Medina, tampil mempertaruhkan nyawa demi melindungi wanita itu. Pada masa yang sama, kisah cinta Faris dan tunangnya, Mia, turut diuji dengan kemunculan Danish, bekas teman lelaki yang mahu memiliki Mia semula.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSaat memilih gaun di butik pengantin, Medina, Fathur, Mia dan Faris dikejutkan dengan kemunculan sekumpulan lelaki asing yang memburu dengan niat membunuh. Peristiwa itu menjadi ancaman, menjerumuskan mereka ke dalam kancah yang tidak diduga.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDi tengah ancaman dan rahsia yang tersembunyi, mereka belajar bahawa cinta tidak sekadar bahagia, tetapi juga keberanian untuk bertahan hidup. Namun, mampukah cinta itu kekal utuh jika bayangan maut terus mengekori?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Buku Prima","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47284324532381,"sku":"9786297772097","price":32.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297772097.jpg?v=1761554972","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/impuls-polaris","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}