{"product_id":"jeda-jiwa-novel-yaya-samad-9789670078939","title":"Jeda Jiwa","description":"\u003cp style=\"text-align: center; padding: 0 1em 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eOrang lain laju, Arqam. Kalau lambat, nanti tinggal belakang\u003c\/em\u003e.\" —Encik Mazlan\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 0 1em 1em;\"\u003e\u003cem\u003eTapi kau ingat, Arqam... tak semua orang akan tunggu kau. Kadang-kadang, kau lambat sikit aje... orang dan pilih orang lain\u003c\/em\u003e.\" —Hakimi\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDari luar, Ahmad Shahrul Arqam nampak sempurna.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDia, pelajar tahun akhir pergigian menahan tekanan yang datang dari klinik, dari harapan keluarga, dari sistem yang menghukum lebih daripada menyembuh. Dalam senyap, dia semakin tenggelam dalam keletihan - bukan keletihan fizikal, tapi keletihan jiwa yang tidak lagi tahu bagaimana mahu merasa 'hidup'. Dan, dia ditekan oleh keinginan abahnya, Encik Mazlan dan ketaasuban rakan sekubikelnya, Hakimi bagi mengejar kesempurnaan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDan dalam kelelahan mengejar impian yang jauh, hadir dua insan yang menyelamatkan dirinya agar tidak terus jauh menghilang dari kehidupan seorang diri.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHaikal. Pesakit \u003cem\u003ewalk-in\u003c\/em\u003e Arqam yang rupa-rupanya pelajar perubatan. Ceria dan bersahaja, tapi menyimpan kemurungan yang dalam. Dia membuka minda Arqam agar tidak perlu berhempas-pulas seorang diri.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAmeera Azwa. Pembantu kaunter separuh masa yang cuba memperlahankan hidup sendiri. Dalam mencari erti kehidupan, takdir menemukannya dengan Arqam dan akhirnya meletakkan mereka berdua dalam garis masa yang sama.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eJeda Jiwa\u003c\/em\u003e bukan kisah cinta. Ini kisah tentang keletihan yang kita pendam kerana tak mahu menyusahkan sesiapa. Tentang keheningan yang perlahan-lahan membunuh dari dalam.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eDimensi:\u003c\/strong\u003e 12.7 x 3 x 19 cm\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Must Read Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47064065048733,"sku":"9789670078939","price":30.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/Cover_full__JedaJiwa.jpg?v=1754644159","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/jeda-jiwa-novel-yaya-samad-9789670078939","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}