Jejak Seorang Pemimpin: Sejarah Lisan

ISBN: 9789674152420
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,MPH Group Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Tun Dr Siti Hasmah adalah salah seorang wanita Melayu yang terawal yang menjadi Doktor Perubatan di negara kita. Dengan profesion tersebut, Tun Dr Siti Hasmah telah berjaya mencapai kejayaannya yang tersendiri dan telah mencipta namanya melalui pengalaman-pengalaman luas sebagai Pegawai Perubatan Kerajaan yang bermula sejak pertengahan tahun 50an. Bertemu jodoh dengan Tun Dr Mahathir pada Ogos 1956, Tun Dr Siti Hasmah masih dapat terus mempertahankan jawatannya sebagai Pegawai Perubatan Kerajaan sehinggalah tahun 1979, apabila Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sebagai isteri kepada seorang Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah sedar betapa penting tugas suaminya dan betapa penting tugas beliau sebagai seorang isteri untuk sentiasa berada disisi suaminya.

Bermulalah babak baru kehidupan Tun Dr Siti Hasmah. Memang tidak dapat dinafikan, sebagai isteri kepada seorang Timbalan Perdana Menteri yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Siti Hasmah telah memainkan perananya sebagai seorang isteri yang sentiasa berada selangkah di belakang suaminya. Penglibatannya yang bersahaja telah membuatkan dia dihormati dan disayangi. Dalam keadaan tenang, beliau telah memperteguh dan melengkapkan kepimpinan Tun Dr Mahathir.

Buku ini mengandungi wawancara sejarah lisan yang dijalankan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana bersama Tun Dr Siti Hasmah. Transkrip mengandungi kehidupan peribadi serta pandangan beliau tentang pengalaman dan sejarah negara.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)