{"product_id":"kairos-takhta-milik-aku","title":"Kairos: Takhta Milik Aku","description":"\u003cp\u003eTuanku Arzel, digelar Kairos—Jeneral Agung yang dingin, tajam dan digeruni musuh. Namun jauh di sudut hati, persoalan tentang ajaran Dewi Athenna mula merobek jiwanya. Keraguan itu bukan sekadar mencabar kepercayaannya, tetapi juga menggoncang kedudukannya di istana.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePertemuan dengan Azara, gadis marhaen yang berani dan penuh rahsia, memberi kehangatan yang tidak pernah dirasai. Tetapi ketika takhta tiba-tiba beralih ke tangannya selepas kemangkatan Raja Raphello, Tuanku Arzel berdepan pertarungan yang lebih berat daripada peperangan; antara akur dengan tradisi atau mencari kebenaran tentang Tuhan yang sebenar.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e“\u003cem\u003eAku harap aku boleh memeluk ajaran itu tanpa nyawa aku diancam\u003c\/em\u003e.” —Tuanku Arzel\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\"\u003cem\u003eSemoga aku juga boleh ada bersama-sama dengan kau waktu itu … Kai\u003c\/em\u003e.\" —Azara\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eApabila identiti Tuanku Arzel terbongkar, Azara terhimpit dalam dilema—mampukah hubungan seorang rakyat bawahan bertahan di sisi pewaris takhta Adoria?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSedang pemberontakan mula menggugat empayar, mampukah seorang raja memilih jiwa dan kebenaran, tanpa mengorbankan takhta?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Ink Loaf Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47534225522845,"sku":"9786299626725","price":40.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786299626725_m.webp?v=1770628539","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/kairos-takhta-milik-aku","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}