{"product_id":"kami-bukan-sarjana-kertas","title":"Kami (Bukan) Sarjana Kertas","description":"\u003cp\u003e\"Kalian nak jadi apa selepas lulus? Sarjana Kertas? Pintar di atas kertas, tapi tak boleh hadapi dunia nyata?\"\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSelamat datang ke kampus UDEL – sebuah institusi \"hidup segan, mati tak mahu\". Tempat berkumpulnya para mahasiswa \"hujung tebu\", golongan buangan yang terpaksa masuk kuliah demi sekeping ijazah.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eKita mengikuti perjalanan enam anak muda. Ogi si pemalas, Ranjau yang mengejar darjat dan gaji tinggi, Gala anak hartawan; juga Arko, Juwisa dan Sania yang masing-masing membawa beban impian dan rahsia menyesakkan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDi bawah bimbingan Bu Lira, seorang pensyarah eksentrik yang menggunakan \"bom tikus\" untuk mengajar tentang kejamnya dunia, mereka dicabar untuk terus bermimpi.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSebuah naskhah yang mengkritik tajam institusi pendidikan tinggi, jurang kelas sosial dan sisi gelap dunia akademik. Namun, adakah mereka semua akan berjaya menggapai visi?\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Jiwa","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48969485746333,"sku":"9786297561950","price":49.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/kami-bukan-sarjana-kertas","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}