{"product_id":"kampung-harmoni-edisi-kedua","title":"Kampung Harmoni (Edisi Kedua)","description":"\u003cp\u003e\"Aku Maniam anak lelaki Arumugam. Panggil Mani sudahlah.\"\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\"Aku Edi. Maaf! Aku ingatkan kau ni Melayu.\" Edi menyambut huluran tangan Mani.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\"Tak! Aku Cindian. Mak aku Cina, ayah aku India. Ramai orang ingat aku Melayu. Tapi, memang pun aku pandai cakap Melayu, tahu,\" kata Mani, tertawa memanjang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\"Aku pula Harjit Singh. Panggil Jit sajalah,\" kata budak yang berserban kecil di tengah kepalanya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\"Aku Bidi,\" kata budak Melayu yang mengenyitkan sebelah matanya kepada Edi semasa permainan sedang berlangsung tadi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\"Apa nama permainan yang kamu semua main tadi? Nampak macam sangat menarik.\" Jujur pertanyaan dari mulut Edi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\"La... kau tak tahu? Namanya konda-kondi. Kayu yang panjang tu konda. Yang pendek tu kondi,\" kata Jit.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\"Tak apa, Edi. Kau budak bandar, kan? Tak pernah main konda-kondi?\" kata Bidi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eEdi mengangguk-angguk.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\"Okey. Mulai hari ini, bolehlah kita main macam-macam permainan bersama-sama, ya?\" kata Bidi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMaka, bermulalah sebuah persahabatan baharu di Kampung Harmoni.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Firdaus Press Publications","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47673063112861,"sku":"9789672440789","price":14.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789672440789.jpg?v=1772767468","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/kampung-harmoni-edisi-kedua","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}