{"product_id":"kapten-khaidean-sang-pelindung","title":"Kapten Khaidean: Sang Pelindung","description":"\u003cp\u003eApa yang bermula sebagai misi taktikal Serigala Negara (6RRD) di pedalaman Sabah, berubah menjadi pertarungan hidup dan mati apabila Leftenan Khaidean bin Mohd. Noor bertembung dengan ketua Al-Makhtura—militan paling berbahaya. Mereka menuntut warisan lama.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eLalu, dalam hutan yang dikatakan menyimpan emas, Kem Wira Rimba dibina atas nama Operasi Akar Emas. Tugas jelas—kawal kawasan pedalaman Sabah yang dipercayai menyimpan emas. Tapi bagi Kapten Khaidean dan Kompeni Serigala Borneo, misi ini bukan sekadar perlindungan dan pertahanan. Ini untuk masa depan negara.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKhaidean dipanggil ‘Sir’ oleh anak buahnya, bukan kerana pangkat—tetapi kerana naluri serigala yang semua tahu, mampu memburu atau diburu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun, di tengah hutan yang menyimpan lebuh daripada emas dan rahsia peperangan silam, Khaidean berdepan dilema peribadi apabila gadis yang kekal dicintainya dalam memori sejak lapan tahun lalu, Aria Rafeilla—ketua pasukan geologi dan penerokaan emas—muncul kembali sebagai kunci kepada konspirasi yang lebih besar.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBenci bertukar kasih apabila Aria melihat cara Khaidean yang alpha.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e“Kau bukan batu. Aku tahu kau ... simpan macam-macam dalam diam.” —Aria\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e“\u003cem\u003eAda benda yang aku tak simpan dalam dompet. Tapi aku simpan dalam hati. Dan aku bawa sampai habis jalan.\u003c\/em\u003e” —Khaidean\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSemakin dalam mereka masuk ke hutan, semakin dekat mereka dengan rahsia yang mampu mengubah peta negara. Dan seseorang—di luar, atau mungkin di dalam—mahu pastikan rahsia itu tidak pernah keluar.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e“\u003cem\u003eSekarang baru saya sedar, alasan sebenar saya tinggalkan awak sebab saya takut awak lebih cintakan seragam tu daripada saya.\u003c\/em\u003e”\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e“\u003cem\u003eBukan seragam yang aku cinta tapi tanah ini. Selagi aku hidup, aku tak akan biar sesiapa ambil.\u003c\/em\u003e”\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKetika musuh semakin hampir kepada kebenaran, Kapten Khaidean kini jadi sasaran dalam permainan politik, pengkhianatan, dan konspirasi antarabangsa. Dia perlu memilih: serahkan warisan darahnya, atau pertahankan tanah air dengan nyawa?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSiapa yang benar-benar musuh? Dan apa yang tersembunyi di bawah tanah, sehingga Khaidean sanggup berjuang ke titisan darah terakhir demi sejarah yang disenyapkan?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eIni kisah sang pelindung yang sanggup berjuang demi nyawa pasukan, cinta yang telah lama hilang, dan kedaulatan negara. Ada suka duka kehidupan tentera yang bisa buat pembaca terpaku dan tabik hormat.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Karya Seni","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47049795240093,"sku":"9789674692384","price":38.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789674692384.jpg?v=1754287633","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/kapten-khaidean-sang-pelindung","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}