{"product_id":"kerana-aku-bukan-pilihan","title":"Kerana Aku Bukan Pilihan","description":"\u003cp\u003eJodoh dan ajal merupakan lukisan takdir buat setiap hambaNya. Di saat Uthman Firdaus kehilangan bidadarinya yang berjuang melahirkan tanda cinta mereka, Nailah Jannah pula diberikan nafas baharu tatkala Allah memberikan peluang kedua kepadanya untuk meneruskan hidup.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eLima tahun berlalu, majlis ulang tahun kelahiran si kembar tanda cinta Uthman dan Hikmah telah menjadi titik pertemuan dua insan sehingga membibitkan perkenalan di antara mereka. Pada awal pertemuan saja Uthman sudah tertarik dengan peribadi Nailah yang begitu akrab dengan anak-anaknya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eAku percaya kau boleh jaga anak-anak aku bila aku bekerja nanti.\u003c\/em\u003e\" - Uthman-\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\"\u003cem\u003eAwak kerja apa sebenarnya sampai berbulan tak balik?\u003c\/em\u003e\" - Nailah-\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\"\u003cem\u003eNelayan.\u003c\/em\u003e\" - Uthman-\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSetiap kali Uthman menitipkan Qaisah dan Qailah di bawah jagaannya, Nailah sering tertanya tentang Uthman. Bahkan, sikap penyayang si ayah tunggal membuatkan jantung Nailah sering berdegup kencang tanpa alasan yang kukuh. Seakan, ada isyarat istimewa tentang Uthman dalam diri Nailah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eHingga suatu saat sang jejaka mulakan langkahnya....\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eSekali aku lafazkan aku terima nikahnya... aku bersumpah yang aku akan selalu melindungi dan membahagiakan kau hingga akhir hayat aku.\u003c\/em\u003e\" -Uthman-\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSesungguhnya, Uthman tulus dengan niatnya menikahi Nailah. Dia mengalah dengan kehendak hati demi kebahagiaan zuriatnya meskipun tiada cinta buat si gadis. Tapi, apalah ertinya sebuah perkahwinan jika hanya Nailah yang berjuang demi mahligainya bersama Uthman? Hakikatnya, dia bukanlah pilihan hati suami yang mula bertakhta di ruang hatinya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eKeterlaluankah kalau saya nak awak cintakan saya? Walau hanya sedikit cuma?\u003c\/em\u003e\" -Nailah-\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePermintaan Nailah membuatkan Uthman seakan terperangkap dengan niatnya sendiri. Namun, ruang hatinya juga bisa berbolak-balik dengan setiap perjuangan cinta Nailah buatnya. Lantas, bisakah Uthman membuka cinta baharu buat Nailah demi kebahagiaan mereka?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eDimensi:\u003c\/strong\u003e 13.34 x 20.32 cm\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Ink Loaf Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47074981281949,"sku":"9786299888635","price":40.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/KABP.jpg?v=1754993928","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/kerana-aku-bukan-pilihan","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}