{"product_id":"kesan-rama-rama","title":"Kesan Rama-Rama","description":"\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eFahmi, seorang pelajar kejuruteraan yang patah hati, menerima sebuah loket misteri berbentuk rama-rama selepas cubaan membunuh diri yang gagal. Namun, loket itu bukan sekadar simbol, ia ialah kunci untuk kembali ke masa silam.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eDidorong oleh keinginan untuk menambat semula cinta pertamanya, Yannie, Fahmi merentas masa demi membetulkan satu demi satu kesilapan yang telah memisahkan mereka.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eNamun, setiap “heist masa” yang dilakukannya mencetuskan gelombang perubahan. Perubahan kecil yang membesar menjadi mimpi ngeri. Cuaca dunia semakin aneh dan tanda-tanda kehadiran zaman ais mula mengganggu rutin kampus mereka.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eBersama dua sahabat setia, Erina dan Muqri, Fahmi cuba menyelamatkan Yannie ... tapi semakin dia cuba, semakin takdir mempermainkan mereka.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eApabila dunia mula membeku di hadapan matanya, Fahmi terpaksa memilih, iaitu menyelamatkan cinta ... atau menyelamatkan masa depan seluruh dunia?\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eKesan Rama-Rama merupakan sebuah kisah tentang cinta yang mustahil, pengorbanan yang menggentarkan dan pencarian makna dalam kekacauan ruang dan waktu.\u003c\/p\u003e","brand":"Mahakarya","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48396744229021,"sku":"9786297870366","price":33.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/kesan-rama-rama","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}