{"product_id":"kisah-menarik-25-rasul-siri-4","title":"Kisah Menarik 25 Rasul Siri 4","description":"\u003cp\u003e“Bintang Ahmad muncul! Bintang Ahmad muncul!’ jerit seorang ulama Yahudi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSerentak itu juga, Aminah melahirkan Muhammad ﷺ tanpa sebarang kesakitan atau kepayahan. Ibu itu melihat bayinya meletakkan kedua-dua tangan ke bumi seperti bersujud, lalu mengangkat kepala ke langit. Baginda lahir dalam keadaan riang gembira dan sudah berkhatan. Bahkan, batu penutup yang diletakkan di atas Baginda turut terbelah dua. Alam semesta menyaksikan burung di udara, binatang di daratan dan ikan di lautan semuanya tidak putus-putus berselawat kepada Baginda.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eCahaya yang terang-benderang muncul dan menerangi istana-istana di negeri Syam. Patung-patung berhala pun hancur berkecai. Bangsa jin yang jahat sudah tidak boleh mencuri dengar perbualan malaikat di langit selepas kelahiran Nabi Muhammad ﷺ. Sementara itu, Iblis menangis sambil meraung-raung kesedihan pada akhir malam yang berkat itu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e* * *\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBegitulah cerita kelahiran Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad SAW yang terkandung dalam buku ini. Banyak lagi kisah-kisah menarik keagungan Utusan Allah untuk kita sama-sama menghayatinya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKoleksi \u003cem\u003eKisah Menarik 25 Rasul\u003c\/em\u003e ini membawakan empat jilid buku yang santai lagi mudah. Justeru, selamat membaca kisah-kisah 25 Nabi ini dengan ucapan \u003cem\u003eBismillah\u003c\/em\u003e. Moga-moga karya yang padat informasi dengan bahasa yang ringan ini dapat menarik perhatian semua orang khususnya golongan muda. Dengan tujuan, agar kepercayaan kepada para nabi dan rasul yang menjadi rukun Iman akan membugar di dalam dada setiap pembaca.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Galeri Ilmu Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46938201522333,"sku":"9786297716251","price":30.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297716251.jpg?v=1750212500","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/kisah-menarik-25-rasul-siri-4","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}