{"product_id":"komik-m-luna-arka-magika-2026","title":"Komik-M: Luna: Arka Magika (2026)","description":"\u003cp\u003e\u003ci\u003e“Siapa di sana?”\u003c\/i\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e“Nama saya… Aki. Saya datang dari tempat yang sangat jauh.”\u003c\/i\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSelepas kehilangan kakaknya, Liora mula meragui kemampuannya untuk memikul tanggungjawab sebagai puteri mahkota baharu Kerajaan Kucing. Segalanya berubah apabila sebuah telefon antik menemukan dirinya dengan Aki, seorang lelaki misteri yang turut berkongsi luka yang sama, iaitu kehilangan. Liora kehilangan tempat untuk bergantung, manakala Aki pula kehilangan ingatan tentang dirinya sendiri.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDalam usahanya mencari jawapan tentang kehilangan kakaknya, Liora tanpa sengaja melangkah ke dunia manusia, sebuah tempat yang menyimpan lebih banyak rahsia daripada yang disangkanya. Di sana, dia bertemu semula dengan Aki yang turut terperangkap antara dua dunia.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eBersama Rena dan San, mereka berusaha mencari jalan pulang ke dunia masing-masing. Namun, apabila rahsia di sebalik kehilangan Puteri Lysa akhirnya terbongkar, Liora menyedari bahawa tidak semua yang hilang mampu kembali, dan ada perpisahan yang perlu diterima dengan hati yang rela melepaskan apabila tiba waktunya.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"KOMIK-M","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48397157138589,"sku":"9786297858494","price":18.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/komik-m-luna-arka-magika-2026","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}