{"product_id":"konspirasi-elitis-sebuah-novel-thriller-distopia","title":"Konspirasi Elitis: Sebuah Novel Thriller Distopia","description":"\u003cp\u003eKematian mahasiswi cemerlang, Teja, ditutup sebagai kes bunuh diri. Namun, Dr. Jasmeen tahu itu bukan kes pertama di Universiti Dar Ilmi – sebuah kampus yang menuntut kesempurnaan daripada pelajar dengan cara yang kejam.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSetiap kesalahan membawa hukuman. Setiap gerak-geri diawasi. Dan kini, dron memenuhi ruang udara universiti.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eApabila Dr. Jasmeen mula membongkar sistem tidak manusiawi ini dengan mengkaji pelaksanaannya, dia pula menjadi sasaran. Terdesak, dia terpaksa bekerjasama dengan seorang yang dibencinya – Dr. Haz Azri, profesor berpengaruh yang baru pulang dari Switzerland.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e“Masa kita tak banyak, Dr. Haz.”\u003c\/i\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003ci\u003e“That’s not my problem. Kajian ini kena lebih baik, kalau tak macam mana awak nak bawa ke pihak atasan?”\u003c\/i\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp\u003ePada saat nyawa ramai pelajar terancam, mampukah mereka mengetepikan persengketaan mereka sebelum terlambat?\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDan apakah sebenarnya yang terjadi di Universiti Dar Ilmi – sehingga pelajar lebih sanggup memilih kematian?\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"RUMAA Books","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48966658850973,"sku":"9786299217961","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/konspirasi-elitis-sebuah-novel-thriller-distopia","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}