Buku Falsafah, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Agama Islam & j-QAF Edisi Kedua (KPLI) ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan para pelajar kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dalam subjek Pengajian Islam & j-QAF. Kandungan buku ini agak komprehensif dengan memuatkan 21 buah topik.
Antara topik yang dimuatkan di dalam buku ini adalah Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Panduan Pengurusan Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum j-QAF, Prinsip dan Kesepaduan Pendidikan Islam, dan banyak lagi.
Buku edisi kedua ini juga dikemas kini kandungannya di samping memuatkan penambahan dua buah topik baharu, iaitu Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama Tahun Satu dan Penyediaan Perancangan Pengajaran & Pembelajaran.