Kali ini Bard dan Robita ingin menguji kemahiran mereka tentang teknik ikhtiar hidup di dalam hutan.
Persatuan Penangkap yang akan menganjurkan aktiviti berkhemah di dalam hutan memberi peluang kepada Bard dan Robita untuk meneruskan impian mereka.
Sewaktu perkhemahan banyak perkara yang telah mereka lakukan dan pelajari seperti memasang khemah, menghidupkan api dan pengalaman berjaga malam. Kesemuanya berakhir dengan peristiwa-peristiwa lucu dan mencuit hati.
Kemahiran mereka akhirnya teruji apabila tersesat di dalam hutan. Mujurlah mereka berjaya diselamatkan oleh orang asli yang tinggal di situ.