{"product_id":"life-savior","title":"Life Savior","description":"\u003cp\u003eMudahkan jalannya ke syurga…\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“I don’t need your favour even if you are the last person in this world!” – Zulaikha.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eIroninya, kata-kata itu akhirnya menghantui dirinya. Setiap kali hidupnya dilanda musibah dan dia - Diva Zula, sering mencetus masalah. Luqman—lelaki yang dia sangka membencinya—tetap hadir, walau tanpa diminta.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“Kalau kau lelaki, dah lama aku bagi penumbuk supaya kau tahu nak dengar arahan!” – Luqman.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDi sebalik semua itu, Amal, lelaki yang menyimpan perasaan mendalam terhadap Zulaikha, tidak pernah berputus asa meski cintanya tidak berbalas.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“And my second song I dedicate it to Zulaikha Zulkifli. I hope you will like it…”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKehidupan Zulaikha yang ceria bertukar kelam apabila keluarganya terkorban dalam satu kemalangan tragis. Dunia seakan-akan terhenti, dan dia menyepi dalam kedukaan. Namun, takdir masih punya rencana—Zulaikha dipertemukan semula dengan Luqman, kali ini kerana seekor kambing!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“Maaflah Encik Luqman, saya tak dengar tadi. Ehem, Encik Luqman cari kambing ya?” – Zulaikha.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“Eh, taklah. Saya cari laptop. Model apa ya ada kat sini? Saya datang sini, mestilah nak cari kambing. Soalan awak tu, budak tiga tahun pun boleh annoying, tahu tak? Ni, bos awak mana ya?!” – Luqman.\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDua tahun berlalu, namun masih ada seseorang yang setia menanti.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“Zula, abang tetap akan tunggu Zula. Ambillah berapa banyak masa yang Zula nak, abang tetap di sini tunggu Zula…”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun, takdir sekali lagi menguji. Zulaikha dipersalahkan, dianggap sebagai perempuan pembawa malang. Hatinya yang terluka hampir hancur dan saat dia jatuh paling dalam, lelaki itu muncul lagi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e“Amal pasti paling sedih bila mak cik cakap macam tu pada orang yang dia cintai, pasti dia kecewa dengan mak cik.”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSuara itu tanpa nada, seolah-olah sarat dengan beban perasaan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDia melangkah pergi, meninggalkan Zulaikha terkaku. Pandangannya yang penuh sayu menyentuh jiwa Zulaikha, dan akhirnya, air mata yang sekian lama ditahan, jatuh jua. Saat hidupnya bergelora, adakah si dia sentiasa ada? Setia menjadi penyelamat pada saat paling memerlukan.\u003c\/p\u003e","brand":"KARYASENI","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46210877423773,"sku":"9789674692261","price":26.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789674692261_MPH.jpg?v=1741159673","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/life-savior","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}