{"product_id":"lily-his-forbidden-love-novel-cinta-cik-bawang-9789672813743","title":"Lily, His Forbidden Love","description":"\u003cp\u003eKerana dendam yang belum padam, Tengku Rian Iskandar dan Tengku Lily terikat dalam kisah silam yang penuh debar dan luka. Iskandar adalah lelaki penuh pesona, berkerjaya, tampan dan petah berkata-kata.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSejak pertama kali bertentang mata, lelaki itu tidak pernah berhenti memikat hati Lily. Apa saja sanggup dia lakukan demi mendapatkan cinta wanita itu. Siapa yang mampu menolak daya tarik seorang Rian Iskandar? Dan Lily akhirnya jatuh juga.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMereka bertunang dan Lily percaya kebahagiaan itu milik mereka selamanya. Namun segalanya musnah sekelip mata. Iskandar berubah tanpa sebab, seperti gunting yang kejam memotong bunga yang baru mahu mekar. Dia pergi meninggalkan Lily terkapai-kapai dalam luka dan tanda tanya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSehinggalah satu peristiwa memisahkan mereka akhirnya. Dendam Iskandar terbalas!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDua tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula dalam keadaan yang sangat berbeza. Lily hilang ingatan!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBagi Iskandar, ini peluang kedua. Dia nekad untuk menebus segala kesalahan dan membina semula cinta yang pernah hancur biarpun ditentang hebat oleh keluarga Lily. Bagi Iskandar, Lily tetap wanita yang dicintainya walaupun dia adalah bunga terlarang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eLily bukan mawar yang berduri sebaliknya Lily seperti bunga lili, terkenal dengan kelopaknya yang lembut dan bentuk yang elegan. Melambangkan kesucian, keanggunan dan kesedihan. Namun bunga itu juga punya racun. Semakin Iskandar mendekat, semakin dia terperangkap dalam racun kenangan dan perasaannya sendiri.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBagaimana dengan dendam Iskandar?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMasih adakah luka yang belum sembuh atau adakah cinta mampu membuatkan dendam itu dilupakan?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Rinsya Chasiani Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46940637593757,"sku":"9789672813743","price":46.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/Lily_HisForbiddenLove.jpg?v=1750227161","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/lily-his-forbidden-love-novel-cinta-cik-bawang-9789672813743","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}