Fitrah yang hilang kerana kesibukan hidup. Tenggelam dalam cinta biasa tanpa terluka seperti yang dijanjikan. Cerita yang menarik perhatian segenap lapisan masyarakat Korea.
Kami akan menyediakan wasiat sebelum memulakan dan melaksanakan sesuatu misi. Saya amat berharap agar surat ini tidak sampai ke tangan Dr. Kang. Tetapi sekiranya Dr. Kang sedang membaca surat wasiat ini, ini bermakna saya gagal memenuhi janji saya. Tetapi saya berjanji tidak akan membuatkan awak risau.
Berjanjilah awak takkan cedera, berjanjilah awak takkan meninggalkan dunia ini, berjanjilah awak pasti kembali dengan selamat.
Namun satu janji sekalipun saya tidak dapat menunaikannya. Maaf.
Di mana sahaja Dr. Kang berada, tempat itu pasti dipenuhi kegembiraan.
Bertemu dan akhirnya jatuh cinta dengan awak namun terpaksa berpisah dengan cara sebegini, maaf setulusnya.
Mungkin ini kedengaran seperti memalukan diri sendiri, tetapi saya berharap awak tidak menangis terlalu lama.
Saya pernah beritahu awak jangan hidup bahagia dengan orang lain, dan hari ini saya tarik balik kata-kata ini. Awak mesti hidup lebih bahagia daripada sesiapa sahaja.
Dan jangan simpan kenangan kita bersama dalam hati untuk tempoh yang lama.
Terimalah permintaanku.