{"product_id":"married-to-my-nemesis","title":"Married to My Nemesis","description":"\u003cp\u003eAdinda Lathifah - Cintanya pernah dikhianati. Dia membina Dinda’s Chapters, sebuah book café sebagai ruang untuk dia menyembuhkan luka lama.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eAathif Noah - Seorang Offshore Civil Engineer, Jiran Adinda yang sentiasa menguji kesabarannya.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Lambat lagi hari ni, Tipah?”\u003c\/i\u003e —Aathif Noah\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Nama aku Adinda! A-d-i-n-da. Susah sangat ke nak sebut?”\u003c\/i\u003e —Adinda Lathifah\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: left;\"\u003eHidup mereka tak pernah sunyi dari perang mulut. Adinda tak tahu yang sebenarnya, perang mulut mereka itu adalah salah satu cara Aathif menyampaikan rasa hatinya. Aathif memilih cara paling jujur melamar Adinda, tanpa paksaan tetapi memberi ruang.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Ya Allah, Tipah. Aku baru balik dari offshore, datang sini sebab rindu kau, last-last kau suruh aku mop lantai?”\u003c\/i\u003e —Aathif Noah\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Siapa suruh kau datang dengan kasut kotor? Anggap je tu latihan cinta. Kalau mop lantai pun tak lepas, jangan sibuk nak tunggu aku.”\u003c\/i\u003e —Adinda Lathifah\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSebelum sempat Adinda membuka semula ruang hatinya, trauma masa lalu kembali menghimpit apabila Khalis Jibran muncul kembali.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“It was my father. Dia yang paksa I kahwin dengan anak rakan bisnes dia untuk selamatkan company family kami.”\u003c\/i\u003e —Khalis Jibran\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eApabila obsesi bertukar menjadi ancaman, Adinda terpaksa berdepan ketakutan. Tetapi kali ini, dia tidak perlu melawan sendirian kerana Aathif ada bersamanya.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eAathif hadir bukan sebagai wira romantik tetapi sebagai lelaki yang memahami bahawa cinta bukan tentang memiliki, sebaliknya ia tentang melindungi, menunggu, dan menghormati pilihan orang yang dicintai.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Aku tak datang dalam hidup kau untuk mengisi ruang yang orang lain rosakkan. Aku datang sebab aku nampak siapa diri kau yang sebenarnya.”\u003c\/i\u003e —Aathif Noah\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eCinta sejati bukan tentang siapa yang datang paling awal tetapi siapa yang tetap tinggal ketika segalanya runtuh.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Idea Kreatif","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":67744459849885,"sku":"9786297962061","price":40.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/married-to-my-nemesis","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}