{"product_id":"mastura","title":"Mastura","description":"\u003cp\u003eKumpulan cerpen ini mula-mula diterbitkan pada 1967 dan mengandungi 10 kisah dengan pelbagai rasa. Berbeza dengan \u003cem\u003eTemasya Tinta\u003c\/em\u003e yang bertemakan dunia wartawan, koleksi \u003cem\u003eMastura \u003c\/em\u003eini memberi tumpuan kepada kisah rumah tangga.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eYang sudah berkahwin diuji dengan kecurangan (cerpen \"Amelia\") dan kegelisahan (\"Mastura\"), manakala yang belum berkahwin diuji dengan kesukaran untuk berhubung dengan pasangan serasi (\"Belum Baik-Baik Lagi\", \"Puthu\" dan \"Dongeng\"). Gambaran unik diberi untuk insan yang memilih jalan lain (\"Pak Yak Mahu Kahwin\"). Kisah-kisah manis yang merakam detik meniti remaja (\"Kau Mesti Sunat, Kata Bapa\" dan \"Mandi Kolam\") mengimbas kembali hubungan antara \u003cem\u003egender \u003c\/em\u003esebelum wujudnya tabu masyarakat. Dan koleksi dilengkapkan dengan potret suami isteri yang telah bertukar peranan menjadi ibu bapa (\"Rumah Pak Haji Harun\") atau datuk dan nenek (\"Ke Rumah Cucu\").\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eA. Samad Ismail sekali lagi membuktikan kepekaan dan kelucuannya dalam memahami manusia yang tidak pernah sempurna namun penuh warna!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Buku Fixi","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47450434830493,"sku":"9786297693699","price":25.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297693699.webp?v=1765350421","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/mastura","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}