{"product_id":"mi-querida","title":"Mi Querida","description":"\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eTengku Daniel Louis\u003c\/strong\u003e - Lelaki tinggi lampai yang tidak pernah serius tentang semua perkara. Dia hidup dengan jenaka, kekacauan dan dunia yang penuh bahaya di bawah nama Holy Dragon. Dia dikenali sebagai orang yang paling sukar untuk jatuh cinta tetapi segalanya berubah apabila ditemukan dengan seorang gadis yang percaya bahawa dirinya hanyalah kesilapan dunia.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eErla Diana\u003c\/strong\u003e - Gadis yang dilabelkan sebagai anak luar nikah dan tidak diingini oleh semua orang tetapi tidak bagi Tengku Daniel. Tanpa sebarang alasan, lelaki itu hanya memilih Diana.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePertemuan antara mereka sedikit demi sedikit mengubah hidup Diana. Dari seorang gadis yang hidup seperti robot, dunianya tiba-tiba menjadi lebih bising dan lebih emosional. Semuanya disebabkan seorang bos yang suka menaikkan darahnya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Jadi, kalau Tengku Adrean tu \u003c\/em\u003eice\u003cem\u003e… bos ni apa?”\u003c\/em\u003e - Erla Diana\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“I’m the fire...” - Tengku Daniel Louis\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Bos ni bukan\u003c\/em\u003e fire. \u003cem\u003eBos ni…\u003c\/em\u003e \u003cem\u003egas. Banyak bunyi, banyak angin.”\u003c\/em\u003e - Erla Diana\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Wow. You’re getting brave.” - Tengku Daniel Louis\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Bos suruh saya\u003c\/em\u003e stay honest. \u003cem\u003eInilah diri saya yang sebenar.”\u003c\/em\u003e - Erla Diana\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTanpa mereka sedari, setiap pertengkaran kecil dan sindiran tajam, tumbuh satu rasa yang lebih dalam daripada sekadar hubungan bos dan pekerja.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMalah Diana sendiri tidak sedar bahawa lelaki yang selalu dia kutuk itu perlahan-lahan mula mengubah dunianya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Dasar bapak hantu. \u003c\/em\u003eFirst time \u003cem\u003etengok macam boleh pakai, bila tengok hari-hari dah macam sakai je perangainya,”\u003c\/em\u003e - Erla Diana.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBagi Tengku Daniel, memilih Diana mungkin akan membawa mereka ke kancah bahaya. Dalam dunia yang penuh musuh, bayang-bayang kejahatan akan sentiasa mengintai dan dalam dunia Tengku Daniel Louis, cinta bukan sekadar perasaan. Ia adalah sesuatu yang perlu dilindungi walaupun dia terpaksa melawan seluruh dunia.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMungkin bagi orang lain, cinta akan menjadikan seseorang itu lemah. Tapi bagi Tengku Daniel, cinta menjadikan dia lebih bahaya apabila musuh mula menghampiri orang yang dia sayang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Idea Kreatif","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48259343450269,"sku":"9789672803966","price":38.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/MiqueridaFull.jpg?v=1779964190","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/mi-querida","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}