{"product_id":"mikael-his-everlasting-love","title":"Mikael His Everlasting Love","description":"\u003cp\u003eMengisahkan tentang seorang pendosa yang mula mencari pintu taubat setelah satu ujian yang berat menimpanya. Dan dibuang keluarga atas khilafnya sendiri dan fitnah seseorang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eSaya dah lama tak solat, ustaz. Saya hidup dengan dosa yang tak tertanggung. Boleh ke Allah terima taubat seorang pendosa seperti saya?\u003c\/em\u003e\" – QASEH AMANDA\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\"\u003cem\u003eAllah maha pengampun. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha meminta kepadaNya\u003c\/em\u003e.\" – USTAZ AZHAR\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun semua tak mudah apabila masa lalu mula mengejarnya akibat dari kesilapannya sendiri.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eLepas apa yang jadi, ustaz dah buat keputusan mahu melamar Qaseh untuk anak ustaz, Adam. Qaseh perlukan pelindung.\u003c\/em\u003e\" – USTAZ AZHAR\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun lain pula penerima si anak.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eAku tak sudi nak kahwin dengan kau. Aku jaga diri aku untuk bakal isteri yang masih suci, bukannya kotor macam kau!\u003c\/em\u003e\" - ADAM\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDalam keadaan yang tegang, tampil pula sepupu Adam untuk melindungi Qaseh sekaligus membuat pengumuman yang menjerat diri.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eJangan terlalu mendongak ke langit, Adam. Perempuan yang kau hina ini adalah bakal isteri aku. Aku takkan biarkan orang macam kau pandang rendah pada dia.\u003c\/em\u003e\" – RAJA MIKAEL\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eQaseh terngadah. Dirasakan dirinya dengan Raja Mikael umpama langit dengan bumi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"A\u003cem\u003eku tak kisah. Kahwin dengan aku. Dan aku akan tunjukkan macam mana tingginya martabat seorang wanita yang Nabi angkat\u003c\/em\u003e.\" – RAJA MIKAEL\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eWalaupun masih belum ada cinta antara mereka, Raja Mikael betul-betul melindungi Qaseh Amanda dan melayan wanita itu selayaknya sebagai seorang isteri dalam perkahwinan mereka. Sehinggalah masing-masing dapat merasakan cinta dan berjanji untuk sehidup semati.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDi saat kebahagian menjengah, hujan dan petir mulai membadai masjid suci mereka. Sukarnya kebahagiaan memihak kepada mereka. Raja Mikael bersungguh-sungguh mahu mempertahankan hubungan mereka namun hasad dengki manusia sekeliling tak henti-henti menggangu dan menghimpit rapat ke arah mereka.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eMeski poligami dibenarkan dalam Islam, jahat tak kalau Manda kata tak rela dengan perkahwinan kedua abang?\u003c\/em\u003e\" – QASEH AMANDA\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\"\u003cem\u003eTak, sayang. Qaseh Amanda isteri yang baik. Bidadari abang. Abang minta maaf sebab abang dah sakitkan hati isteri abang. Maafkan abang, sayang\u003c\/em\u003e.\" – RAJA MIKAEL\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eQaseh Amanda redha dan mulai menganggap ini adalah bayaran yang harus dia tanggung untuk khilafnya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center; padding: 1em;\"\u003e\"\u003cem\u003eIzinkan Manda pergi, abang. Manda perlukan masa untuk mencari diri sendiri\u003c\/em\u003e.\" – QASEH AMANDA\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMasih adakah peluang untuk mereka meraih kebahagiaan? Berapa lama Raja Mikael harus menunggu bidadarinya? Walau beribu tahun, dia tetap percaya yang cinta mereka akan kekal selamanya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eBecause Amanda is his everlasting love\u003c\/em\u003e.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eDimensi: \u003c\/strong\u003e13 x 21 cm\u003c\/p\u003e","brand":"Ha Novels Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47042008514717,"sku":"9786299941262","price":38.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786299941262.jpg?v=1753854976","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/mikael-his-everlasting-love","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}