Siri ini menyediakan modul pembelajaran yang komprehensif dan meliputi semua topik dalam Huraian Sukatan Pembelajaran KBSM. Modul-modul ini telah dirancang dengan teliti dan di tulis khas berdasarkan respons daripada guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang diterapkan dalam modul ini membolehkan murid menguasai konsep setiap subjek, seterusnya meningkatkan keyakinan murid dalam subjek berkenaan. Bahan ekstra berupa tugasan dan praktis juga dimuatkan untuk membantu murid memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.