{"product_id":"moon-shadow-zura-rahman-9786297509631","title":"Moon \u0026 Shadow","description":"\u003cp\u003eAkibat tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Vampire, Skyler memilih untuk meninggalkan segala-galanya dan berpindah ke New York. Di sana dia bebas. Bebas memburu. Tiada lagi vampire hunter, tiada lagi DSP Mikhail, dan yang paling penting, tiada lagi Lord Gabriel yang sentiasa memerhatikan setiap langkahnya. Hidup penuh peraturan tidak pernah sesuai untuk Skyler yang berjiwa liar. Dia mahukan kebebasan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun apa yang Skyler tidak tahu, New York berada di bawah cengkaman golongan serigala jadian. Makhluk yang bukan sahaja ganas, malah menjadikan vampire sebagai musuh utama mereka. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Skyler secara tidak sengaja mencetuskan permusuhan dengan Lycaon, ketua mafia yang menguasai kota itu, yang juga alpha kumpulan werewolf terbesar dan paling ditakuti di New York.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSeolah-olah belum cukup malang, Skyler yang terkenal sebagai vampire pemburu kini jatuh cinta dengan seorang gadis naif bernama Sylvie. Tanpa disedari, Sylvie ialah adik kesayangan Lycaon!\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e\"Lupakan dia kalau kau mahu terus hidup!\" ~ Lycaon\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e\"Kau rasa dia mampu hidup tanpa aku?\" ~ Skyler\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003e\"Bawa aku pergi dari sini, Skyler. Aku nak hidup dengan kau!\" ~ Sylvie\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eDi kota yang dipenuhi manusia yang akan bertukar menjadi serigala buas ketika bulan mengambang, mampukah Skyler bertahan?\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Kaseh Aries Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48486732923037,"sku":"9786297509631","price":40.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/Moon_Shadow_9786297509631_FC_mphbooks.webp?v=1786005411","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/moon-shadow-zura-rahman-9786297509631","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}