{"product_id":"muslihat-mahathir-mengharung-zaman-gelora","title":"Muslihat Mahathir Mengharung Zaman Gelora (2025)","description":"\u003cp\u003eSebulan sebelum 13 Mei 1969, Mahathir Mohamad menulis dalam sebuah akhbar tempatan: \"Saya tahu tanda-tanda itu sudah ada. Kalau saya ulang semula nanti, waktu itu mungkin sudah terlambat.\"\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDengan derianya yang tajam, Mahathir turut meninjau keperluan untuk seorang anak kampung mempengaruhi politik sebuah negara.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSetelah tergolong sebagai doktor Melayu terawal, namanya bukan sekadar naik pantas bahkan beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun lamanya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eEra itu digelar zaman kemodenan Malaysia, namun beliau tetap tidak lepas daripada bukti-bukti salah guna kuasa dan layanan kejam terhadap seteru politik.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMuslihatnya yang sukar dijangka menjadikan Mahathir seorang negarawan yang handal mengelirukan kawan dan juga lawan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e*************************\u003c\/p\u003e\n\u003ch4\u003eBarry Wain (Penulis)\u003c\/h4\u003e\n\u003cp\u003eBarry Wain pernah bertugas selaku editor di Asian Wall Street Journal (AWSJ), Karyawan Tamu di Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) di Singapura selain diiktiraf sebagai jurnalis terkemuka di rantau Asia. Jurnalis Australia yang menetap di Asia hampir empat dekad ini merupakan pengarang buku The Refused, sebuah pelaporan panjang berkenaan limpahan pelarian daripada Indochina selepas Perang Vietnam (1955–75). \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKerjayanya bermula dengan berkhidmat sebagai ketua jabatan akhbar selama enam tahun di tanahairnya sendiri sebelum menjadi wartawan di Canberra. Pada tahun 1971, beliau berpindah ke Hong Kong, kemudiannya menyertai sidang pengarang warta mingguan Far Eastern Economic Review (FEER) dan pada tahun 1976, menceburi penerbitan jurnal Asian Wall Street Journal (AWSJ) selaku editor pada tahun pengasasan jurnal tersebut.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBeliau datang ke Malaysia sebagai wartawan pada tahun 1977, ke Bangkok pada tahun 1979, dan kembali ke Hong Kong sebagai editor pengurus AWSJ sebelum meneruskan tugas selaku editor jurnal itu dari tahun 1984 hingga 1992. Beliau bekerja sebagai editor besar sejak 1992 dan kerap menulis dalam jurnal FEER selepas operasi penerbitan itu bergabung dengan AWSJ bawah pemilik yang sama pada tahun 2001. Seiring perkembangan kedua-dua jurnal ini yang memberi liputan khusus mengenai Asia, FEER diharamkan pada tahun 2009, disusuli AWSJ sekitar rentang waktu yang sama, Wain beralih ke Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) pada tahun 2005 sebagai Karyawan Tamu.              \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSebagai editor, Wain memupuk jurnal AWSJ sehingga menjadi penerbitan berkala yang kritis dan diiktiraf pada peringkat serantau. Laporan berkenaan tokoh perniagaan berpengaruh dan hubungannya dengan kelompok elit politik kerap mengundang reaksi keras sehingga AWSJ beberapa kali diharamkan. Beberapa pendedahan Wain dalam laporannya sepanjang tempoh merbahaya ini menjadi sumber utama untuk buku yang meriwayatkan hidup bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad, berjudul Malaysian Maverick (pertama kali diterbitkan pada tahun 2009 dan edisi kemaskini diterbitkan pada tahun 2012). Barry Wain meninggal dunia pada tahun 2013. \u003c\/p\u003e","brand":"IBDE","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47064064393373,"sku":"9789670037943","price":75.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/97237126.jpg?v=1769064517","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/muslihat-mahathir-mengharung-zaman-gelora","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}