{"product_id":"nasihat-buat-jiwa-yang-ingin-dekat-dengan-allah-2026","title":"Nasihat Buat Jiwa yang Ingin Dekat dengan Allah","description":"\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eApalah erti putus asa ketika Tuhan tidak pernah menuntut hamba-Nya untuk menjadi sempurna?  \u003c\/strong\u003e\u003cbr\u003e \u003cbr\u003eMendekatlah kepada-Nya walaupun hanya selangkah. Bukankah pintu Tuhan itu sentiasa terbuka? Ketika Tuhan telah berjanji: “...Aku bersama hamba-Ku apabila dia mengingati-Ku...”, dan Dia meneruskan lagi janji-Nya: “...Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta.” \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTidakkah ini menjadi bukti yang jelas lagi nyata bahawa Tuhan sangat berkomitmen terhadap kepulangan hamba-hamba-Nya? \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSesungguhnya, rahmat Allah itu sentiasa mengatasi kemurkaan-Nya. Nabi s.a.w. pernah bersabda *bahawasanya* Allah mempunyai 100 rahmat. Dia menurunkan hanya satu rahmat ke bumi untuk dibahagikan kepada seluruh jin, manusia, binatang, dan serangga. Dengan satu rahmat itulah seluruh makhluk saling berkasih sayang, malah dengannya jugalah binatang buas menyayangi anaknya, sehinggakan seekor kuda sanggup mengangkat kakinya kerana bimbang terpijak anaknya sendiri. Bayangkan, Allah masih menyimpan 99 lagi rahmat untuk dikurniakan kepada hamba-Nya di akhirat kelak. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMaka, seluas mana lagi kasih sayang Tuhan yang kita perlukan untuk mula melangkah? \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eNasihat Buat Jiwa yang Ingin Dekat dengan Allah\u003c\/em\u003e adalah sebuah karya kompilasi syarahan daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, yang bersumberkan kitab agung \u003cem\u003eRiyadus Solihin\u003c\/em\u003e karya Imam an-Nawawi. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"PTS Publishing House","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47719084359837,"sku":"9786294932326","price":38.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/Screenshot_2026-02-27_at_12.57.26AM.png?v=1773294761","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/nasihat-buat-jiwa-yang-ingin-dekat-dengan-allah-2026","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}