Nukilan Muzika Cinta

ISBN: 9789674152925
Checking local availability
RM24.90
Product Details

Publisher,MPH Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

LEGASI – sebuah kumpulan muzik terkenal tahun 1980-an, terbabit dalam nahas jalan raya ketika di zaman kegemilangan mereka. Tiga daripada ahli Legasi meninggal dunia dan hanya vokalis kumpulan, satu-satunya yang terselamat dalam kemalangan itu telah meninggalkan satu wasiat buat anak-anak mereka—iaitu lagu-lagu yang tidak sempat dirakam sebelum kemalangan tersebut.  

“Cari mereka... satukan menjadi sebuah kumpulan, dan nyanyikan lagu-lagu terakhir ciptaan Legasi...”  

Pencarian bermula... Norman, seorang penulis lagu, Nura Iman, seorang penulis novel, Andy, seorang atlet taekwando kebangsaan serta Mukhriz, seorang hos rancangan memasak adalah calon waris kandung yang dipaksa membentuk sebuah kumpulan muzik untuk menunaikan wasiat tersebut.  

Norman - seorang yang ego dan menolak idea mengarut arwah bapanya. Nura Iman - gadis bertudung dan berperwatakan baik ternyata tidak sesuai buat imej kumpulan muzik.  Mukhriz - pengacara kacak yang kecewa dengan kariernya. Andy - hanya dia satu-satunya yang berminat menjadi artis setelah prestasinya sebagai atlet taekwando kebangsaan merudum akhir-akhir ini.   Kerana menganggap diri sendiri tidak bersalah, maka mereka menamakan kumpulan mereka sebagai INNOCENT4.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)