{"product_id":"orca-pemburu-dalam-gelap","title":"Orca: Pemburu Dalam Gelap","description":"\u003cp\u003eORCA – nama kod yang pernah menghantui dunia gelap Asia Tenggara.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eLima tahun lalu, Haufan Hazzan menghilang selepas pengkhianatan yang meragut nyawa abangnya dan ayahnya. Dunia menyangka dia sudah mati, tetapi bayang-bayang tidak pernah benar-benar lenyap. Apabila rangkaian pembunuh yang sama kembali memburu, dia tahu masanya sudah tiba untuk keluar dari persembunyian.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDalam satu malam berdarah di hospital, dia menyelamatkan Aira Medina, seorang doktor muda yang berpegang pada sumpah untuk melindungi semua nyawa walaupun nyawa seorang lelaki bertatu orkid hitam. Keberanian Aira membuatkan dia menjadi saksi, dan dalam dunia Haufan, saksi jarang hidup lama.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTerperangkap antara prinsip dan \u003cem\u003esurvival\u003c\/em\u003e, Aira dibawa masuk ke dalam dunia di mana kepercayaan adalah mata wang, dan pengkhianatan adalah hukuman mati. Dari lorong gelap Kuala Lumpur, ke bilik rundingan rahsia, mereka berdepan pembunuh upahan, sindiket bayangan, dan sejarah silam yang enggan mati.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDia pemburu yang hidup demi dendam. Dia penyembuh yang percaya semua orang layak diselamatkan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBersama, mereka perlu memilih bertahan sebagai dua jiwa yang berasingan atau jatuh sebagai satu pasukan yang sama.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eKenapa saya?\u003c\/em\u003e” —Aira Medina\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eSebab kau bukan mereka… dan aku takkan biar mereka dapat kau.\u003c\/em\u003e” —Haufan Hazzan\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDalam perburuan ini, cinta bukan penyelamat ia hanya kelemahan yang boleh dibunuh. Tetapi kadang-kadang, kelemahan itulah yang membuatkan seseorang layak untuk hidup.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Fortunelle Editions House","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47691476074653,"sku":"9786299465041","price":55.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/orca.jpg?v=1772523486","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/orca-pemburu-dalam-gelap","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}