{"product_id":"pablo-his-forbidden-flower-erney-suzrni-9789838224260","title":"Pablo: His Forbidden Flower","description":"\u003cp\u003eDia lelaki yang dilatih untuk membunuh ketakutan, tetapi tidak pernah diajar cara menghadapi kehilangan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDia bukan sekadar bunga yang tumbuh di tanah yang salah. Dia ialah keindahan terlarang yang sepatutnya dijauhi.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eZuhaily, yang dikenali dengan gelaran Pablo, terbiasa mengejar penjenayah. Bunga pula terbiasa mengejar anak-anak kecil. Namun kali ini, mereka berdua sama-sama mengejar sesuatu yang jauh lebih sukar… takdir.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Dia adalah seseorang yang aku tahu aku tak boleh lepaskan. Setiap kali aku tengok dia, aku rasa ada sesuatu dalam hati aku yang berubah. Entah kenapa aku rasa…”\u003c\/i\u003e —Zuhaily Uqayl\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSeorang mengajar dunia tentang harga sebuah kematian. Seorang lagi mengingatkan dunia tentang nilai sebuah kehidupan.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Saya tetap nak cakap terima kasih. Awak... istimewa dengan cara awak sendiri.”\u003c\/i\u003e —Bunga Dahlia\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eNamun, malapetaka meragut segalanya. Zuhaily terselamat, tetapi kehilangan ingatan. Dahlia pula dituduh sebagai punca tragedi, terperangkap dalam cinta yang kini asing di mata lelaki itu.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eKali ini, musuhnya bukan sekadar manusia yang mahu melihatnya tersungkur. Ada takdir yang perlahan-lahan mengheretnya ke ambang kehancuran. Dalam permainan ini, mungkin, untuk terus hidup, dia terpaksa kehilangan segala-galanya termasuk dirinya sendiri.\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e\"Kumpulan ini dipercayai bersenjata dan sangat bahaya. Mereka adalah saki-baki kumpulan penyeludup senjata yang telah lama diburu oleh pihak berkuasa.\"\u003c\/i\u003e —Team V69\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eBagaimana seorang pejuang mampu terus bertempur, andai satu-satunya alasan untuknya pulang menjadi sebab dia mungkin tidak akan kembali lagi?\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Aku tak boleh lari daripada apa yang aku pilih untuk diri aku.”\u003c\/i\u003e\u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: left;\"\u003e\u003ci\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/i\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Fajar Pakeer","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":67803388117149,"sku":"9789838224260","price":38.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/PabloHisForbiddenFlower_9789838224260_mphbooks_34609c1b-2e08-40f8-8a52-fb02ca126878.jpg?v=1794291625","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/pablo-his-forbidden-flower-erney-suzrni-9789838224260","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}