{"product_id":"palestin-dirampas-bagaimana-zionisme-membentuk-negara-aparteid-dari-sungai-ke-segara","title":"Palestin Dirampas: Bagaimana Zionisme Membentuk Negara Aparteid Dari Sungai Ke Segera","description":"\u003cp\u003eBuku ini adalah sebuah naskhah sejarah yang ditulis untuk mempengaruhi masa kini. Ia dikarang dengan kepercayaan bahawa apa yang diketahui pada masa lalu boleh menyumbang ke arah usaha bersama untuk membawa kedamaian kepada seluruh Palestin, dari sungai ke segara. Sejarah punya kuasa untuk menembusi naratif legap yang menyembunyikan kebenaran dan mengekalkan ketidakadilan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNaratif lazim mengenai Israel-Palestin adalah ia satu pertembungan atau konflik yang rumit, dan pendamaian bagi kedua-dua musuh lama ini adalah sesuatu yang mustahil. Namun, apa yang diungkapkan sejarah dan realiti yang sedang berlangsung sebenarnya tidaklah rumit. Kisahnya tentang gerakan nasionalis bangsa, Zionisme, yang tekad untuk menghumban bangsa Palestin dari tanah tumpah darah mereka, untuk Zionis.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSudah tentulah ia bukan sebuah wahyu. Orang Palestin sudah bercakap mengenainya sejak pertama kali mereka diusir oleh peneroka’ Zionis pada akhir abad ke-19. Pemerhati luar turut memberi amaran sejak permulaan abad ke-20 lagi. Malah, disaksikan oleh ramai saksi empat mata seperti Moshe Menuhin yang mencatat apa yang berlaku sejak 1950-an. Perkembangan ilmu pengetahuan yang semakin meluas pada tahun 1970-an menambah kepada asas dokumentari mengenai apa yang sepatutnya sudah lama terbukti melalui perilaku Israel. Dalam dua dekad berikutnya, sejarawan seperti Ilan Pappé meninjau arkib Zionis, lalu melenyapkan sebarang keraguan yang masih ada bahawa “konflik” itu sebenar-benarnya adalah satu penjajahan yang dibaluti mitologi yang terperinci.\u003c\/p\u003e","brand":"Crescent News","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46572384944285,"sku":"9789674091941","price":49.9,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789674091941.png?v=1741684115","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/palestin-dirampas-bagaimana-zionisme-membentuk-negara-aparteid-dari-sungai-ke-segara","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}