{"product_id":"palestin-sejarah-empat-ribu-tahun","title":"Palestin: Sejarah Empat Ribu Tahun","description":"\u003cp\u003eDari Zaman Gangsa Akhir hingga ke dunia moden, inilah kisah agung Palestin, sebuah tanah yang menjadi nadi sejarah dan tamadun manusia selama lebih empat ribu tahun.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDalam karya berwibawa ini, sarjana sejarah terkenal Nur Masalha me-nyingkap perjalanan panjang Palestin dan rakyatnya, mengungkap budaya. identiti, serta peradaban yang berakar jauh ke dalam sejarah bertulis manusia. Bermula dengan rujukan purba dalam teks-teks Mesir dan Assyria, beliau menelusuri bagaimana Palestin berkembang daripada pusat per-dagangan dan budaya kepada lambang ketahanan dan kesinambungan bangsa.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBerdasarkan penyelidikan meluas dan bukti arkeologi terkini, \u003cem\u003ePalestin: Sejarah Empat Ribu Tahun\u003c\/em\u003e membongkar bagaimana masa silam Palestin yang berbilang budaya telah lama diseleweng oleh mitos keagamaan dan naratif moden politik Zionis. Masalha dengan tegas menolak tanggapan bahawa Palestin hanyalah ciptaan moden atau wujud sebagai reaksi terhadap Israel. Sebaliknya, beliau membuktikan identiti Palestin sudah berakar sejak zaman purba, lama sebelum terbentuknya sempadan moden.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun naskhah ini bukan sekadar karya sejarah. Ia adalah perjalanan jiwa dan warisan. Kisah tentang manusia, ketabahan, dan makna tanah air yang tidak pernah padam walau dihempas penjajahan dan peperangan. Dalam dunia yang sering keliru antara fakta dan propaganda, karya ini menjadi mercu panduan untuk memahami Palestin dalam seluruh keindahan dan kerumitannya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003ePalestin: Sejarah Empat Ribu Tahun\u003c\/em\u003e ialah sebuah catatan mendalam tentang warisan, identiti, dan perjuangan. la satu bacaan wajib bagi sesiapa yang ingin memahami bukan sahaja sejarah sebuah tanah air, tetapi juga denyut nadi kemanusiaan yang mengalir di dalamnya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"The Biblio Press","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47463340048541,"sku":"9786297733784","price":50.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297733784.png?v=1765188927","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/palestin-sejarah-empat-ribu-tahun","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}