Perang Khandaq atau Perang Ahzab berlaku pada tahun kelima hijrah. Dinamakan Khandaq (parit) kerana tentera Islam menggali parit yang panjangnya hampir mengelilingi Kota Madinah bagi menghadang serangan musuh. Dinamakan Ahzab ( bersekutu) kerana musuh yang datang menyerang Madinah terdiri daripada beberapa kabilah Arab, Yahudi dan Habsyl. Jumlah mereka 10000 orang, sedangkan tentera Islam cuma 3000 orang.