Siri PRAKTIS PLUS KSSR TAHUN 1 diterbitkan khusus berdasarkan Semakan Semula KSSR dan Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) yang baharu.
Judul-judul dalam siri ini dimuatkan dengan praktis topikal sebagai bahan pengukuhan serta pentaksiran formatif selepas sesi pembelajaran di bilik darjah. Untuk memenuhi keperluan terkini, KBAT dan i-THINK diterapkan dalam bahan praktis.
Pentaksiran sumatif dalam bentuk Ujian Akhir Tahun turut disediakan untuk menaksir pencapaian murid sepanjang tahun. Keseluruhannya, siri buku ini cadangan terbaik bagi memperkukuh dan menguasai topik-topik yang dipelajari dalam setiap subjek.