{"product_id":"rahsia-nama-nama-114-surah","title":"Rahsia Nama-nama 114 Surah Al-Qur'an","description":"\u003cp\u003eNaskhah ini hadir bagi mengetengahkan pesan-pesan utama di sebalik nama-nama surah yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Penting bagi umat Islam untuk mengetahui latar belakang dan rahsia di sebalik nama-nama surah tersebut. Kerana hanya dengan mengetahui dan memahaminya, umat Islam mampu mendapatkan gambaran umum tentang isi kandungan Al-Qur’an dengan lebih utuh dan lengkap.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDi samping itu, \u003cem\u003eRahsia Nama-nama 114 Surah Al-Qur’an\u003c\/em\u003e ini turut dilengkapi dengan terjemahan kitab \u003cem\u003eManzhumah Al-Zamzami\u003c\/em\u003e, sebuah karya klasik yang ditulis oleh cendekiawan pelbagai disiplin ilmu, Syeikh Abdul Aziz al-Zamzami (900-976 Hijrah). Kandungan kitab ringkas ini adalah berdasarkan perbincangan dalam bab Ulum Al-Qur’an yang terkandung dalam kitab \u003cem\u003eAl-Nuqayah\u003c\/em\u003e karangan Imam Jalaluddin al-Suyuti. \u003cem\u003eManzhumah Al-Zamzami\u003c\/em\u003e merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran asas di beberapa institusi pengajian Islam semenjak era kerajaan Utsmaniyyah. Hingga kini ia masih dijadikan rujukan di beberapa sekolah Islam sama ada di Timur Tengah mahupun Asia Tenggara.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cem\u003eManzhumah Al-Zamzami\u003c\/em\u003e merupakan salah satu rujukan asas dan lengkap bagi pembaca yang ingin mengintai luasnya cakerawala perbahasan ilmu Usul Tafsir. Semoga dengan adanya kombinasi antara pengenalan 114 surah dan asas ilmu Usul Tafsir ini, buku ini dapat menjadi panduan yang lengkap bagi mempelajari kandungan Al-Qur’an.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Galeri Ilmu Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46096359424157,"sku":"978983979526","price":45.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/978983979526.webp?v=1750310780","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/rahsia-nama-nama-114-surah","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}