{"product_id":"rihlah-ibn-khaldun","title":"Rihlah Ibn Khaldun","description":"\u003cp\u003eSebagai sejarawan, ahli falsafah dan pemikir yang mengubah cara kita memahami sejarah dan masyarakat, Ibn Khaldūn meninggalkan warisan intelektual yang luar biasa. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eNamun, siapakah beliau di sebalik karya agung Muqaddimah? \u003cem\u003eal-Taʿrīf bi-Ibn Khaldūn\u003c\/em\u003e ialah sebuah autobiografi yang membawa pembaca menelusuri perjalanan hidupnya—dari kerjaya politik yang berliku-liku hingga pengasingannya yang melahirkan pemikiran revolusioner.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDalam naskhah ini, Ibn Khaldūn berkongsi secara peribadi tentang pengalaman sebagai pegawai istana, diplomat dan cendekiawan, serta cabaran yang ditempuhinya dalam dunia politik Maghribi dan Andalus. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKisahnya bukan sahaja catatan sejarah peribadi, bahkan juga merakam tentang ketidaktentuan kuasa dan kebangkitan serta kejatuhan tamadun.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTerjemahan ini membuka ruang untuk pembaca moden menilai sisi lain Ibn Khaldūn—sebelum ini sebagai tokoh pemikir, kini sebagai seorang manusia yang berhadapan dengan konflik, pengkhianatan, dan pencarian ilmu sepanjang hayat. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSebuah autobiografi yang wajib dibaca oleh sesiapa yang ingin mengenali pemikir Islam yang amat berpengaruh dalam sejarah.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Biblio Press","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47049349857437,"sku":"9786297733296","price":45.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297733296.png?v=1754390096","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/rihlah-ibn-khaldun","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}