{"product_id":"rindu-tanpa-ruang","title":"Rindu Tanpa Ruang","description":"\u003cp\u003eMenjadi jururawat pengasuh kepada seorang nenek bukanlah kehendak Intan Zulaikha. Namun apalah pilihan yang dia ada jika itu saja cara yang dapat menyelamatkan nyawanya. Tapi kehadirannya tidak disenangi oleh cucu si nenek.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Buat masa sekarang saya masih belum percayakan awak lagi. Kita tengoklah nanti.” - HARIS ISKANDAR\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Encik Haris nak ugut saya ke ni?” - INTAN ZULAIKHA\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: left;\"\u003eDalam diam, hati Zulaikha mula terpaut kepada Haris. Tapi sayangnya lelaki yang dicintai itu milik orang lain. Terpaksalah Zulaikha memendam rasa walaupun sebenarnya dia tidak bertepuk sebelah tangan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Ya! Abang dah gila! Abang gilakan Intan Zulaikha!” - HARIS ISKANDAR\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Maafkan Ika. Ika tak boleh nak terima semua ni.” - INTAN ZULAIKHA\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDemi menjauhkan diri dari lelaki itu, Zulaikha sanggup meninggalkan Haris dan pergi ke Indonesia. Di sana, dia terpaksa pula berhadapan dengan musuh lama yang memburu dan mahu membunuhnya. Lantas dia dibawa pulang semula ke tanah air.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003ePertemuan semula dengan Zulaikha membuatkan Haris nekad tidak mahu melepaskan gadis itu buat kali kedua. Apatah lagi selepas dia mengetahui gadis itu berada di dalam bahaya. Baginya Zulaikha perlu dilindungi.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Kita kahwin, ya?” - HARIS ISKANDAR\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“Kau patut mati dengan mak bapa kau dulu!” - PEMBUNUH\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAdakah Intan Zulaikha dapat menerima Haris Iskandar dalam hidupnya? Apakah status sebenar Haris Iskandar? Suami orang, atau duda? Kenapa Intan Zulaikha diburu dan mahu dibunuh?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Kaseh Aries Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47463183974557,"sku":"9786297509563","price":40.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/RinduTanpaRuang.jpg?v=1765169951","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/rindu-tanpa-ruang","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}