Sangat informatif sebagai panduan untuk ke Jepun, Yang boleh dijadikan rujukan ialah dicadangkan itenari dan anggaran bajet yang terperinci.
Antara yang sangat menarik:
-website dan apps serta cara-cara menggunakan mesin membeli tiket juga dikongsikan (seolah-olah kita sedang berada disana)
-banyak tips bermanfaat seperti tempat-tempat menarik, adab-adab semasa berkomunikasi dan berurusan di sana.
-cincin dan mangkok adalah perkataan yang dilarang disebut kuat-kuat di Jepun. Sebutannya hampir sama dengan kemaluan lelaki dan perempuan.
-info bergambar mudah difahami. susun atur perkataan dan perenggan dan gambar boleh diperbaiki.