{"product_id":"rosli-dhoby-2-darah-pejuang-muda","title":"Rosli Dhoby (2) - Darah Pejuang Muda","description":"\u003cp\u003eSetelah dipujuk oleh Awang Rambli, Rosli Dhoby bersetuju untuk menyertai Rukun 13. Kumpulan itu merancang untuk membunuh Gabenor Sarawak ketika itu, Sir Duncan Stewart yang akan hadir membuat lawatan di Sibu, Sarawak. Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek bersetuju melaksanakan rancangan bahaya itu di hadapan orang ramai.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBerbekalkan sebilah badik, Gabenor Sarawak itu telah ditikam oleh Rosli Dhoby sebelum ditangkap oleh polis Sikh yang berada berdekatan dengan kawasan kejadian. Nasib Gabenor Sarawak itu tinggal nyawa-nyawa ikan dan diterbangkan ke Singapura bagi mendapatkan rawatan di sana sebelum meninggal dunia. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eRosli Dhoby ditahan dan dibicarakan oleh mahkamah sebelum dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh pihak mahkamah. Peristiwa itu telah mengubah persepsi pihak British kepada rakyat Sarawak dan mereka mula akur bahawa gelombang kemerdekaan semakin memuncak pada waktu itu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKomik \u003cem\u003eRosli Dhoby\u003c\/em\u003e 2 memaparkan kisah keberanian anak muda Sarawak yang sanggup berkorban demi menjulang panji kemerdekaan di bumi Kenyalang itu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Must Read Sdn Bhd","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47485509763229,"sku":"9786297836119","price":15.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297836119.jpg?v=1768530525","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/rosli-dhoby-2-darah-pejuang-muda","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}