{"product_id":"rumah-kertas","title":"Rumah Kertas","description":"\u003cp\u003eBluma Lennon, seorang profesor kesusasteraan Amerika Latin yang disegani di Cambridge, meninggal dunia secara tragis setelah dilanggar kereta, ketika sedang asyik membaca puisi Emily Dickinson.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBeberapa bulan setelah kematian Bluma, sebuah bungkusan misteri tiba dari Argentina - sesalinan novel Joseph Conrad yang tersalut simen, dengan coretan dedikasi yang misteri. Pengganti Bluma di Cambridge, iaitu bekas kekasihnya, berangkat ke Buenos Aires untuk mencari pengirim bungkusan itu, Carlos Brauer yang menghilang tanpa jejak.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBrauer dipercayai telah berhijrah ke sebuah kawasan terpencil di pantai Uruguay. Di sana beliau membina sebuah rumah dengan batu-bata yang diperbuat daripada koleksi bukunya yang berharga, menyerlahkan ketaksubannya terhadap buku.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eApakah rahsia di sebalik kehilangan Carlos Brauer? Sejauh mana seseorang sanggup pergi untuk merungkai kebenaran tentang ikatan aneh yang wujud antara sang bibliofil dan buku-buku kesayangannya?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKisah pencarian ini menjadi nadi novella 'Rumah Kertas', yang memadukan elemen enigma dengan sosial yang segar.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e\u003cstrong\u003eDimensi:\u003c\/strong\u003e 13 x 1 x 20 cm\u003c\/p\u003e","brand":"Biblio Press","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47049306833053,"sku":"9786297733128","price":20.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9786297733128.webp?v=1754383660","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/rumah-kertas","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}