Saat Terlalu Cinta

ISBN: 9789674152659
Checking local availability
RM24.90
Product Details

Publisher,MPH Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 800 g
No. of Pages,

#Novel ini telah memenangi TEMPAT PERTAMA Pertandingan Top Novelis Mutiara Minda 2013/2014 anjuran MPH Bookstores Sdn. Bhd.

Nurul Qistina Ain, seorang gadis cantik yang berpelajaran tinggi, membesar dalam suasana kampung bersama datuk dan neneknya. Sejak kecil dia telah mengenali dan meminati Aeril Adam, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan datuknya. Bagaimanapun Aeril Adam dan ibu bapanya telah menghabiskan masa yang lama di luar negara.

Kemunculan semula Aeril Adam di rumah Tok Ayah setelah sekian lama berada di luar negara, telah membangkitkan semula perasaan yang terpendam di dalam hati Nurul Qistina Ain terhadap Aeril Adam. Aeril Adam juga mempunyai perasaan yang sama tetapi terpaksa melawan perasaannya kerana masa lalunya yang penuh dengan noda dan dosa.

Perhubungan itu terus tercabar lagi apabila Aeril Adam sekali lagi terpaksa kembali semula ke Amerika untuk menemani ibunya yang memerlukan rawatan. Tanpa diduga sesuatu berlaku di sana dan ini membuatkan Tok Ayah mengambil keputusan untuk menjodohkan Nurul Qistina Ain dengan Aizuddin, seorang anak muda di kampong, yang berkarisma tinggi. Mereka ditunangkan.

Nurul Qistina Ain akhirnya memutuskan pertunangan dengan Aizuddin kerana fitnah mengenai dirinya yang tersebar di kampung. Aeril Adam juga akhirnya pulang ke tanah air setelah penyakit ibunya tidak dapat diubati lagi.

Apakah yang akan terjadi kepada mereka berdua…?

Biodata Penulis: ANITA BINTI ABDULLAH

Berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Klana Putra Lenggeng, Sekolah Menengah Dato' Klana Putra Lenggeng dan Sekolah Menengah Vokasional Setapak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UPM. Terlibat dalam dunia penulisan semenjak dari sekolah. Berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan kreatif. Minat menulis semenjak kanak-kanak lagi. Sekarang mengusahakan perniagaan sendiri dan terlibat aktif dalam komuniti dan masyarakat. Pernah bertugas sebagai Pembantu Khas Kepada Yang Berhormat ADUN. Telah menerima Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) daripada kerajaan Negeri Sembilan. Sekarang masih aktif menulis termasuk bergiat dalam penulisan berita.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)