{"product_id":"salahkah-aku-terjatuh-cinta","title":"Salahkah Aku Terjatuh Cinta","description":"\u003cp\u003eOrang selalu berkata, cinta itu buta. Buta sampaikan \u003cem\u003ered flag\u003c\/em\u003e seorang lelaki pun dilihat sebagai \u003cem\u003egreen flag\u003c\/em\u003e. Thea Harissa, seorang gadis yang polos dalam hal-hal hati, tanpa sedar telah terjerat dalam permainan perasaan yang penuh helah. Pertemuan pertama dengan Danial Aqasha, telah membuatkan hati Thea mencair dengan setiap kata manis yang keluar dari bibir lelaki itu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eDi sebalik pujian manis dan perhatian yang diberikan. Danial Aqasha ternyata memiliki sisi yang mengecewakan, yang membawa kepada episod patah hati seorang Thea Harissa. Danial Aqasha lebih memilih orang lain berbanding dirinya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“I don’t want to be your second option, Dani. Let alone to be a place where you only passed by and never have a glance.” —Thea Harissa\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSaat luka itu masih bernanah, hadir Kee Affandi, lelaki yang pada awalnya dia anggap menjengkelkan dengan cara bicaranya yang penuh sinis dan perasan.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eMuka ada iras-iras pelakon Thai ni \u003c\/em\u003eyou \u003cem\u003ecakap macam penjual sayur? \u003c\/em\u003eYou really have a bad sight\u003cem\u003e Thea. Kita pergi hospital jom, sayang? \u003c\/em\u003eCheck \u003cem\u003emata.\u003c\/em\u003e” —Kee Affandi\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eKehadiran Kee Affandi, dengan tutur katanya yang kadang menyakitkan hati meruntuhkan tembok hati Thea yang terluka. Ketika Thea hampir memberi hati lagi, takdir ternyata masih mahu menguji. Kee Affandi, lelaki yang disangka berbeza, ternyata sama seperti yang pernah melukai hatinya.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e“\u003cem\u003eSumpah\u003c\/em\u003e you \u003cem\u003elelaki \u003c\/em\u003eloser. I hope kifarah gets you.” —Thea Harissa\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eBuat kali kedua, Thea Harissa menjadi pilihan yang terakhir. Cinta yang diharapkan, ternyata tidak dianggap wujud.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eJadi, salahkah dia kerana terjatuh cinta?\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMasih wujudkah cinta sebenar untuknya, atau dia hanya seorang pengembara yang tersesat mencari sesuatu yang tak pernah ada?\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Cinta itu tidak semestinya memiliki. Adakalanya perpisahan adalah jalan terbaik dan itu harus direlakan.”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Fajar Pakeer","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":46663782563997,"sku":"9789838223126","price":27.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/SalahkahAkuTerjatuhCinta.jpg?v=1744338732","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/salahkah-aku-terjatuh-cinta","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}