{"product_id":"sari-budi-umar-bin-abdul-aziz-ibn-jawzi","title":"Sari Budi Umar Bin Abdul Aziz Ibn Jawzi","description":"\u003cp\u003eUbaidilah Ibn al-Fadhl meriwayatkan: Umar Ibn Abdul Aziz berkhutbah di negeri Syam di atas mimbar yang diperbuat dari tanah. Selepas memuji dan bertahmid kepada Allah, beliau berkata: “Wahai kalian manusia, perbaikilah hati dan dalaman kamu, nanti luaran kamu turut menjadi baik, beramallah untuk hari Akhirat kamu nescaya dunia ini akan cukup untuk kamu, ketahuilah bahawa tidak ada di antara kamu yang bapanya kekal, malah semuanya telah mati. Wassalam.”\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSahal ibn Yahya al-Marwazi meriwayatkan: Bahawa bapaku telah meriwayatkan kepadaku, yang diambil daripada datukku: Setelah Umar ibn Abdul Aziz terlantik sebagai khalifah, beliau berucap, setelah memuji dan bertahmid kepada Allah: “Aku menasihati kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana takwa itu warisan kepada segala-galanya, berusahalah untuk Akhirat kamu, sesiapa berusaha untuk akhiratnya nescaya Allah sempurnakan kepadanya urusan dunia. Perbaikilah dalaman kamu nanti Allah Maha Pemurah akan perbaiki luaran kamu. Berbanyaklah kamu mengingati kematian, bersiap sedialah dengan sebaik-baiknya untuk menemui kematian, kerana kematian itu perubah kelazatan dunia. Sesiapa yang tidak mengingati keturunannya sejak Adam alaihi salam, sesungguhnya beliau dikira sebagai sudah mati.”\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eQatadah meriwayatkan: Umar ibn Abdul Aziz berkata: “Tidak mengembirakan daku, sekiranya sahabat-sahabat Muhammad tidak berikhtilaf, kerana kalaulah mereka tidak berikhtilaf, pasti pula kita tidak menikmati kelonggaran rukhsah.”\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eMuzahim ibn Zufar meriwayatkan: Daku mendengar Umar ibn Abdul Aziz berkata: “Seorang hakim harus memiliki lima kriteria: Mengetahui sunnah terdahulu, berlapang dada, bertenang, bersih tangan dan suka berbincang. Sekiranya terhias sifat ini pada seorang hakim maka beliau adalah hakim yang sebenar, sekiranya terkurang mana sifat maka itu adalah satu keburukan beliau.”\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"Crescent News","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47057483989149,"sku":"9789674091682","price":39.9,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/9789674091682.png?v=1769410599","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/sari-budi-umar-bin-abdul-aziz-ibn-jawzi","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}