{"product_id":"saya-tak-bersalah","title":"Saya Tak Bersalah","description":"\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eBandar Ipoh yang terkenal sebagai “bandar orang pencen” sangat menenangkan buat seorang doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang baru pulang semula ke kampung halamannya. Setelah berpuluh tahun berada di perantauan, akhirnya Dr. Ariza Mohamed kembali ke kampung halamannya dan beliau memilih untuk berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti perubatan swasta di Ipoh.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eBeliau menikmati kehidupannya sekarang tanpa perlu menjawab panggilan untuk menyambut kelahiran bayi pesakit di tengah malam seperti yang dilakukannya sebelum ini. Beliau menyangka kehidupannya akan terus begini, tenang tanpa gangguan di fasa-fasa terakhir kehidupannya.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eNamun, masa silam mulai menghantuinya dan menggugat ketenangannya apabila seorang yang merupakan pesakit Dr. Ariza 15 tahun sebelumnya telah menghantar surat saman mahkamah kepadanya. Pesakit ini telah melahirkan anak yang cacat dan meletakkan kesalahan di atas bahu Dr. Ariza.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eBuku ini membawa kita bersama-sama mengharungi 4 tahun yang penuh sengsara turun naik mahkamah.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003ePelbagai isu perundangan menjadi persoalan. Antaranya had masa suatu kes boleh dibawa ke mahkamah. Selepas 5 tahun? Atau 7 tahun? Atau 10 tahun?\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eApakah yang patut dilakukan jika menerima surat saman mahkamah?\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eApakah sistem perundangan yang digunapakai oleh negara kita?\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eDi peringkat Mahkamah Tinggi, doktor ini didapati telah melakukan kecuaian perubatan sehingga menyebabkan kecacatan kekal kepada bayi. Beliau telah disaman sebanyak lebih RM8 juta , iaitu gantirugi tertinggi dalam kes kecuaian perubatan pada ketika itu.\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eApakah yang sebenarnya berlaku? Adakah benar Dr. Ariza bersalah? Atau adakah terdapat cerita di sebalik cerita?\u003c\/p\u003e\u003cp style='font-family: \"Times New Roman\"; font-size: medium;'\u003eIni bukan cerita semata-mata… tetapi ini adalah kisah benar!!!\u003c\/p\u003e","brand":"Firdaus Press Publications","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47797262418077,"sku":"9789672440758","price":28.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/my-11134207-7rasa-m4blu191fke186.webp?v=1780550977","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/saya-tak-bersalah","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}