{"product_id":"sebuah-toko-ajaib-buat-penjual-mimpi","title":"Sebuah Toko Ajaib Buat Penjual Mimpi","description":"\u003cp\u003eHidup Alya kucar-kacir sejak suaminya, Sabri disahkan kanser. Kini, dia sendirian menyara keluarga dan menguruskan anak-anak. Keadaan memburuk apabila Sabri memerlukan rawatan imunoterapi. Kosnya mencecah ratusan ribu.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSaat emosi berkecamuk, Alya membawa diri tanpa arah tuju. Tiba-tiba dia berada di sebuah padang hijau luas; di tengah-tengahnya kelihatan satu bangunan dua tingkat tertera nama, ‘Kedai Tukar Apa Saja’.\u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Cik Puan Alya perlukan wang, bukan? Di sini, Cik Puan Alya boleh jualkan apa sahaja.”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eTerdesak, Alya sanggup menggadaikan satu-satunya bakat dan impiannya. Semuanya demi nyawa suami yang tercinta. Keesokan hari, Alya terkejut besar apabila mendapati akaun banknya benar-benar berisi sejumlah wang.\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSetelah menerima rawatan, Sabri makin pulih. Alya gembira bukan kepalang, namun hatinya mula terdetik sesal dek keputusannya menjual bakat. Lebih-lebih lagi apabila dia baru saja menerima tawaran menulis daripada penerbit terkemuka, tapi idea menulisnya bagai enggan hadir. \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eAkhirnya, Alya kembali mencari Pak Lemari. Dia tidak sanggup untuk kehilangan bakatnya lagi, walaupun telah digadaikan dengan rela. \u003c\/p\u003e\n\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003cem\u003e“Kanser Abang dah rampas banyak benda dalam hidup kita. Dia rampas kebahagiaan kita. Rampas cita-cita Sayang. Sayang terpaksa lupakan peluang-peluang menulis yang sedia ada.”\u003c\/em\u003e\u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003eSanggupkah Alya mendapatkan kembali bakatnya semula, seandainya harganya yang perlu dibayar adalah nyawa insan yang tersayang? \u003c\/p\u003e\n\u003cp\u003e \u003c\/p\u003e","brand":"IMAN Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48032914931869,"sku":"9786299465188","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0511\/7575\/1837\/files\/WhatsAppImage2026-05-07at9.13.43AM_1.jpg?v=1779687865","url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/sebuah-toko-ajaib-buat-penjual-mimpi","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}