{"product_id":"second-chance-for-you","title":"Second Chance For You","description":"\u003cp\u003eBergelar ibu tunggal bukan satu perkara yang mudah. Kesan dari penceraian yang lepas, anak-anak yang menjadi mangsa. Demi Muiz dan Marissa, Akma nekad membahagiakan mereka. Ketika dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital swasta, takdir menemukan dia dengan seseorang. Lelaki yang dia mahu elak disebabkan rasa bersalah sejak zaman sekolah. \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Kau… kau… Wazir?”\u003c\/i\u003e - Akma \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Akhirnya kau ingat nama aku.”\u003c\/i\u003e - Wazir \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: left;\"\u003eAkma semakin rasa rendah diri melihat kejayaan Wazir. Lelaki itu bukan lagi pengecut seperti di zaman sekolah. Sikap dingin Wazir membuatkan Akma banyak makan hati. Siapa sangka sekarang lelaki itu bergelar doktor. Kemunculan bekas suaminya di tempat kerja, menambahkan lagi masalah Akma. Hanya disebabkan Akma menuntut hak nafkah anak-anak, dia diserang oleh bekas suaminya. Dan ketika itulah Wazir hadir untuk menghulurkan bantuan.  \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Aku takut, Wazir. Macam mana kalau dia sakitkan anak-anak aku? Bapak dan mak aku. Itu yang buat aku takut.”\u003c\/i\u003e - Akma \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Aku ada.”\u003c\/i\u003e - Wazir  \u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSekelip mata sikap Wazir berubah. Semuanya disebabkan salah faham yang terlerai selepas lebih 10 tahun mereka terputus hubungan. Kali ini Wazir nekad membahagiakan Akma.  \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Err… kau memang nak kahwin dengan aku ke? Tak nak pusing-pusing dulu.”\u003c\/i\u003e - Akma \u003c\/p\u003e\u003cp style=\"text-align: center;\"\u003e\u003ci\u003e“Kau jangan nak ubah fikiran. Jawapan aku tetap sama. Aku hanya nak kahwin dengan kau.”\u003c\/i\u003e - Wazir  \u003c\/p\u003e\u003cp\u003eMampukah Wazir merealisasikan impiannya bersama Akma? Dan benarkah peluang kedua masih wujud untuk Akma dan anak-anak menikmati rasa bahagia?\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Rinsya Chasiani Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48642622193821,"sku":"9789672813910","price":41.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/second-chance-for-you","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}