
Sejarah Malaysia (Ensiklopedia Kanak-Kanak)
Setiap ahli keluarga pasti teruja apabila membaca ensiklopedia yang menarik ini. Lembaran-lembarannya yang dihiasi dengan pelbagai gambar dan aneka ragam ilustrasi bukan sahaja dapat menghidupkan kembali sejarah Malaysia, malahan huraian-huraian serta keterangan-keterangan yang jelas dan menyeluruh, menjadikan buku ini sebuah sumber rujukan yang penting. Buku ini membantu anak-anak kita memahami sejarah negara kita yang kita cintai dan bagaimana ia berhubungkait dengan berita-berita dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari ini. Ia merakamkan suatu panorama kegiatan manusia yang amat mengagumkan, merangkumi kebudayaan-kebudayaan mereka yang berwarna-warni dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak dari Zaman Batu sehingga kehari ini. Bahagian-bahagian utama termasuklah peta-peta wilayah, tajuk-tajuk yang disusun dari A hingga Z, kuiz-kuiz untuk pelajar baru hingga ke kuiz-kuiz lanjutan, sebuah carta masa sejarah, kronologi dan senarai istilah.
Publisher,MPH Group Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 460 g
No. of Pages,