{"product_id":"sejarah-masjid-masjid-agung-di-timur-tengah","title":"Sejarah Masjid-masjid Agung di Timur Tengah","description":"\u003cp\u003eMasjid adalah pusat ibadat yang suci bagi umat Islam, sama seperti setiap penganut agama mempunyai rumah ibadat mereka masing-masing. Buku ini meninjau tentang sejarah masjid-masjid agung (\u003ci\u003egreat mosques\u003c\/i\u003e) di Timur Tengah. Maksud \"agung\" di sini merujuk kepada nilai sejarahnya (secocok dengan bidang pengkhususan penulis buku ini), iaitu kaitannya dengan episod-episod penting dalam konteks masa dan tempat tertentu dalam sejarah Islam. Ini kerana dalam sejarah pembukaan Islam (\u003ci\u003eal-futuhat al-Islamiyah\u003c\/i\u003e) atau perkembangan dakwah Islam di mana-mana negeri sekalipun, cirinya yang penting ialah mendahulukan pembinaan masjid yang berfungsi bukan sahaja sebagai pusat ibadat dan dakwah, malah berbagai-bagai fungsi lain lagi. Asasnya bermula sejak penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, di mana usaha pertama yang dilakukan ialah membina masjid di Quba'.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eSebagai pertanda betapa agungnya masjid-masjid sebagai pusat ibadat dan setengahnya berkembang sebagai pusat pengajian tinggi yang ulung di dunia, sehingga pihak Universiti Oxford sendiri mengiktiraf lima universiti tertua di dunia seperti berikut: Universiti al-Zaytuna, Tunisia (737 M), Universiti Qarawiyin, Morocco (859 M), Universiti al-Azhar (972 M), Universiti Bologna, Italy (1088 M), dan Universiti Oxford, England (1096 M).\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eDi samping nilai sejarahnya yang agung, buku ini juga turut mengupas tentang keagungan masjid dari segi keseniannya, baik dari segi seni bina (\u003ci\u003earchitecture\u003c\/i\u003e) mahupun dari segi seni hiasnya (\u003ci\u003edecoration\/omamentation\u003c\/i\u003e). Pedomannya ialah pada Hadis Nabi riwayat Muslim: \"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah, Dia suka kepada keindahan. Kesombongan itu lalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.\"\u003c\/p\u003e\u003cp\u003eBagaimanapun dalam menggalakkan agar membina masjid yang indah, Rasulullah juga melarang sikap berlebihan dan bermegah-megahan dalam melakukannya, kerana ia merupakan salah satu tanda kiamat. (Riwayat Ahmad).\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e\u003cbr\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Firdaus Press Publications","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":48791914676381,"sku":"9786297706306","price":38.0,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"url":"https:\/\/mphonline.com\/products\/sejarah-masjid-masjid-agung-di-timur-tengah","provider":"MPHOnline.com","version":"1.0","type":"link"}